Image description


Image description

Assalamualaikum Wrm. Wbt diucapkan kepada Tuan- Tuan dan Puan - Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi Rasulullah SAW..


'Jika kamu pandai berniaga, kamu tak heran makan gaji'


Ayat ini diberikan oleh seorang tua di tempat kami semasa mula-mula dahulu kami ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Cukup mendalam dan penuh dengan kata- kata tersirat yang sudah tentunya memerlukan pengorbanan, usaha dan doa yang berterusan. Dan sudah pastinya doa dari Ibu Bapa sebagai restu dan pembuka kemudahan kepada usaha- usaha kita.


Kejayaan adalah satu pilihan. Ianya berada di minda kita. Dan sekiranya kt melakukan apa yang terfikir di minda tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah, InsyaAllah kt akan meniti langkah- langkah kejayaan, InsyaAllah. Sudah pastinya ianya adalah pemberian dari Allah SWT untuk menguji kesetiaan kita untuk patuh kepada kepada segala suruhanNya.


InsyaAllah pada 15hb Januari 2013, kami akan lancarkan pencarian Rakan Niaga Exclusive Negeri D' Mahligai Scarf bagi memperluaskan lagi pasaran tudung labuh ke seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Kami ingin membuka peluang kepada bakal usahawan muslim di luar sana bagi bersama- sama kami mengembeleng tenaga dan usaha bagi menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya yang InsyaAllah boleh membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat.


Diantara kelebihan dan faedah yang akan kami berikan yang sudah tentunya boleh membantu bakal usahawan Rakan Niaga Exclusive Negeri D' Mahligai Scarf meniti langkah- langkah kejayaan ialah :-


1.Promosi berterusan di Majalah, akhbar, media sosial, facebook DMS dan website

     www.dmahligaiscarf.com

2. Sokongan penuh dari segi bantuan teknikal dan sistem pengurusan bagi

    mewujudkan agen dropship di bawah setiap Rakan Niaga Exclusive Negeri.

3. Khidmat  nasihat dan sokongan bagi mendapatkan Pinjaman MARA dan agensi

    lain disediakan. Termasuk permohonan Geran dari kementerian yang berkenaan.

4. Khidmat nasihat dan pemantauan berterusan dari segi pengurusan dan jualan

    bagi memastikan setiap Rakan Niaga Exclusive Negeri menjadi seorang

    usahawan yang berjaya.

5. Penggunaan Online Business Management System secara percuma apabila siap

    dibangunkan.

6. Pembelian Bunting pada harga kos

7. Gambar produk diberikan secara percuma. Akan diupload di dalam group khas.

8. Khidmat nasihat semasa pembukaan kedai diberikan (pembelian alatan,

    barangan, sistem dsb)

9. ANUGERAH USAHAWAN DMS CEMERLANG SETIAP TAHUN

10. Kursus dan seminar secara percuma/ minimum kos. (motivasi, pemasaran,

    pengiklanan, perancangan perniagaan dsb)


Kepada Bakal Usahawan Rakan Niaga Exclusive Negeri D' Mahligai Scarf yang berminat, boleh dapatkan info awal dengan menghubungi 013- 777 5517 (Hazrin) atau di Facebook www.facebook.com/dmahligai.scarf


Salam Usahawan,

Hazrin











Assalamualaikum diucapkan kepada Tuan2 dan Puan2 yang dirahmati oleh Allah,


Sejarah penubuhan D' Mahligai Scarf melalui tempoh masa yang bukan singkat. Ianya bermula dengan Solat Istikharah selama 3 bulan berturut2 sebelum kata putus dicapai bagi memberikan 100% fokus dalam memulakan dan mengembangkan lagi Jenama D' Mahligai Scarf di industri tudung Malaysia dan InsyaAllah sehingga ke peringkat antarabangsa.


'Tiap2 kesukaran disertai dengan kemudahan' (Firman Allah dalam Surah Al- Insyirah ayat 5,6). Kesukaran dan halangan yang ditempuhi semasa bekerja sebagai Pengurus Teknikal merangkap Jurutera Mekanikal Kanan telah mendetikkan semangat untuk bekerja sendiri dan menjadi seorang Usahawan yang berjaya. Bukan kekayaan yang dicari, bukan pula kemasyhuran yang diidamkan, tetapi ini adalah satu tanggungjawab yang diterima sebagai HambaNya yang lemah di dalam usaha untuk berdakwah di dalam medan perniagaan. 


Alhamdulillah pada bulan Rejab 1431H, D' Mahligai Scarf telah ditubuhkan dan bermulalah kerja keras kami bagi memperkenalkan jenama ini kepada bakal pelanggan d' Mahligai Scarf. 3 bulan pertama adalah tempoh yg cukup menguji kesabaran kami. Masakan tidak, hasil yang diperolehi tidak melepasi separuh pun dari gaji yang diterima semasa bekerja. Kepada Allah doa dipanjatkan, Alhamdulillah bermula bulan ke- empat, hasilnya semakin meningkat sedikit demi sedikit.


Tudung Labuh D' Mahligai Scarf mula dikenali sedikit demi sedikit di pasaran Tudung Labuh Malaysia. Tentunya kami berterima kasih dan masih mengingati jasa antara pelanggan2 terawal D' Mahligai Scarf. Kerana anda membeli dan sampaikan kepada kawan2 yang lain, maka D' Mahligai Scarf mula bernafas =)


Kami bermula dengan mengambil stok tudung dari pemborong dan bermula bulan ke enam kami mula melangkah setapak lagi dengan menghasilkan design dan menjahit sendiri tudung dengan bantuan Tailor. Dari kos yang agak tinggi pada mulanya, kami mula berjaya mengurangkan kos dan hasilnya Tudung-2 D' Mahligai Scarf mampu dijual pada harga yang sangat berpatutan. semuanya untuk anda =)


Dan kini kami cuba untuk mengorak langkah ke lebih tinggi dengan menghasilkan design2 terbaru supaya ianya menjadi 'TRENDSETTER' di dalam industri tudung labuh Malaysia, InsyaAllah.


Cukup sekadar di sini coretan untuk kali ini. InsyaAllah di masa akan datang apabila Allah menghadirkan ilham dalam diri ini untuk menulis, pasti coretan kedua akan menemui anda. 


Mohon maaf andai ada kesilapan bicara. Moga tulisan ini boleh menjadi pencetus semangat kepada bakal-2 usahawan di luar sana. Hubungi kami di 013- 777 5517 sekiranya anda berminat untuk menjadi Rakan Niaga Exclusive D' Mahligai Scarfdi tempat anda. harga yang ditawarkan sangat murah , InsyaAllah.


Kami di atas ialah En. Mohd. Hazrin Bin Ahmad. Pemilik D' Mahligai Scarf. Beliau dibantu oleh isterinya Noor Zarina Binti Nordin yang masih lagi bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Pontian Johor.


D' Mahligai Scarf mempunyai 5 orang staff yang bersedia membantu anda para pelanggan kami dengan ramah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.


Salam Perkenalan.


Wassalam,

Hazrin

ALAMAT

PROSES PEMBELIAN

TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN

Mahligai Global Enterprise

No 1, Medan Niaga Ayer Baloi,

Jalan Jelutung - Benut, 82100,

Ayer Baloi, Pontian,

Johor

 

No Tel : 07 - 693 3517 (Puan Suhaila)

No HP : 013 - 777 5517 (En. Hazrin)

Email : sales@dmahligaiscarf.com

 

Waktu Operasi Kedai :-

Isnin hingga Sabtu: 8.00 pagi - 5.30 ptg

Ahad dan Cuti Umum : Tutup

 




CARA PEMBAYARAN :

  • CIMB
  • MAYBANK
  • PAYPAL
  • WESTERN UNION

(No Akaun akan diberi di dalam sebutharga)

 

Untuk Tempahan, Sila :-

3. SMS ke 013-777 5517 (Sila nyatakan nama dan negeri anda)

(Sila Pilih Salah Satu dari kaedah di atas)

Sila sertakan maklumat lengkap untuk setiap tempahan:

  1. Nama
  2. Alamat
  3. No Tel
  4. Kod Tempahan

 

Selepas Tempahan dibuat, pihak kami akan membalas dengan secepat mungkin dan selewatnya dalam masa 4 Jam..


Seterusnya :

1. Sebut harga diberi oleh dmahligaiscarf

2. Pembayaran dibuat oleh anda

3. Anda memaklumkan butiran bayaran yang telah dibuat. Jumlah/ Bank/ Jenis Transaksi

4. Pengeposan dibuat oleh dmahligaiscarf

5. Tudung diterima oleh anda


Bagi menjamin Tudung anda selamat sampai dengan cepat dan tanpa kecacatan, dmahligaiscarf hanya menggunakan PERKHIDMATAN POS LAJU MALAYSIA

RUNCIT 

Minimum sehelai dan tiada jumlah maksima. Pembelian 2 helai dengan penghantaran percuma


BORONG PILIH

  1. Minimum 5 Helai dalam 1 resit
  2. Boleh campur kod, jenis dan size
  3. Tidak termasuk kos penghantaran


BORONG NIAGA

  1. Minimum 10 Helai dalam 1 resit
  2. Minimum 5 Helai bagi tiap jenis/ size.
  3. Kod diberi secara random. Kami berjanji akan beri 1 kod 1 helai. Pemberitahuan akan dibuat sebelum tudung di pos sekiranya kami terpaksa beri lebih dari 1 helai bagi satu2 kod.
  4. Tidak termasuk kos penghantaran


KOS PENGHANTARAN ADALAH BERBEZA- BEZA MENGIKUT SIZE / JENIS DAN NEGERI PENGHANTARAN